AHLAN WA SAHLAN

AHLAN WA SAHLAN

Jumaat, 28 Ogos 2009

Dzikir pagi dan petang





Assalamualaikum, kepada pembaca budiman, di sini saya akan kongsikan satu dzikir pagi dan petang yang elok diamalkan. Menurut riwayat dzikir pagi dan petang ini telah diamalkan oleh seorang yang bernama Abu Darda yang mana beliau telah diajarkan oleh Rasulullah sebuah dzikir sepertimana yang tertera di atas. Abu Darda mengamalkan dzikir ini. Pada suatu ketika sedang Abu Darda berada di sebuah pekan beberapa orang telah menemui beliau dan mengkhabarkan bahawa rumah beliau telah terbakar. Abu Darda dengan yakin menafikan berita itu kerana beliau telah mengamalkan dzikir yang pernah diajarkan oleh Rasulullah dan beliau meyakininya. Setelah itu beliau pun pergi melihat kejadian itu dan memang betul bahawa rumah-rumah di kampungnya betul-betul terbakar, kecuali rumahnya. Subahanallah. Sekian untuk renungan bersama tentang keteguhan iman Abu Darda..wassalam

Isnin, 10 Ogos 2009

AMALAN DALAM BULAN RAMADHAN

Sebaik-baik amalan di bulan Ramadhan ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, maka tibalah bulan yang memberi berkat, iaitu diwajibkan oleh Allah S.W.T ke atas kami berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka jahannam, diikat syaitan-syaitan di bulan Ramadhan, ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, sesiapa yang memuliakan, maka ia mendapat kemuliaan daripada Allah”.

Oleh itu pada bulan yang mulia ini hendaklah kita sentiasa melakukan sebanyak mungkin amalan kebajikan selagi mampu kerana setiap amalan yang dilakukan pada bulan ini akan dilipatgandakan pahalanya. Antara amalan yang boleh boleh dilakukan pada bulan Ramadhan adalah dengan memperbanyakkan membaca al-Quran secara tadarus berkumpulan atau secara sendirian, berdoa, solat sunat dan terawih secara berjamaah di surau atau di masjid, sedekah dan bersahur. Ini kerana ada sebuah hadis yang menyebut bahawa:

“Orang yang sembahyang pada bulan Ramadhan, setiap kali sujud, akan dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah di dalam syurga daripada permata. Bagi orang yang berpuasa dan beribadah 70 ribu malaikat akan meminta ampun baginya daripada pagi hingga tenggelam matahari dan dibina sebuah mahligai baginya”.

Selain itu, terdapat juga hadis dari Jabir dari Nabi s.a.w:
“Apabila malam terakhir dari bulan Ramadhan datang, maka menangislah seluruh langit, bumi dan para malaikat, kerana musibah yang akan menimpa umat Muhammad” Rasulullah s.a.w ditanya: “Musibah apakah ya Rasulullah?” Nabi s.a.w menjawab: “Perginya bulan Ramadhan, kerana di dalam bulan Ramadhan itu semua doa-doa dikabulkan, semua sedekah diterima dan semua kebaikan dilipatgandakan pahalanya serta seksa pun dihentikan”. “Apakah ada musibah yang lebih besar daripada perginya bulan Ramadhan?”, “Kalau semua langit dan bumi menangis demi kepentingan kita, maka tentu kita lebih banyak menangis dan lebih menyayangkannya kerana terputusnya segala keutamaan dan kemuliaan”.


Hadis ini menunjukkan bahawa amalan-amalan orang yang berpuasa sentiasa dalam pemerhatian Allah S.W.T. dan barangsiapa yang banyak berdoa dan ikhlas dalam amalannya, nescaya Allah akan memakbulkan doa orang-orang yang bertakwa.
Seterusnya terdapat hadis daripada Abu Hurairah r.a katanya:
“Aku dengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Jangan kamu tolak orang yang meminta walaupun dia kafir”, kata seorang sahabat, “Ya Rasulullah! Adakah kami bersedekah dengan sesuatu dari harta kami kepada orang kafir?”, Jawab Nabi: “Mereka juga adalah makhluk Allah. Hakikatnya sedekah itu jatuh pada tangan Tuhan Yang Maha Merahmati”.

Ini menjelaskan bahawa amalan bersedekah ini sangat dimuliakan di sisi Allah walaupun sedekah tersebut dihulurkan kepada orang kafir. Ini kerana yang dinilaikan di sisi Allah ialah keikhlasan hati seseorang dalam menghulurkan hartanya kepada orang lain dan keikhlasannya dalam melaksanakan sesuatu ibadah.

Ianya juga meneladani sifat Ar Rahman dan Ar Rahim di sisi Allah S.W.T, di mana dengan sifat Ar-Rahman iaitu penyayangnya Allah kepada makhluk di syariatkan sedekah yang boleh diluaskan pemberiannya kepada semua makhluk sekalipun kafir. Begitu juga dengan sifat Ar Rahim iaitu Maha Pengasihnya Allah kepada orang-orang yang beriman kepadaNya, dikiaskan dengan perlaksanaan ibadah zakat yang hanya dikhususkan kepada umat Islam memberi dan menerimanya.

Sesungguhnya Islam itu tidak membebankan hambanya. Oleh itu orang yang berpuasa juga digalakkan melakukan amalan bersahur pada pertengahan malam sehingga terbit fajar dan sunat dilewatkan. Ini bagi mengelakkan mereka dari merasa lapar ketika melakukan ibadah puasa pada keesokan harinya.

Dari Zaid bin Thabit berkata: “Kami bersahur bersama Rasulullah s.a.w, lalu kami berdiri untuk menunaikan solat, saya bertanya: “Berapakah jarak antara keduanya?” Ujar Nabi s.a.w: “50 ayat (lebih kurang 15 minit)”.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Isnin, 3 Ogos 2009

NAGA'S SARAPAN

ASSALAMUALAIKUM... HARI ANI 3HB OGOS 2009, KALAU KAN DI KIRAKAN ADALAH HARI PERMULAAN KULIAH, TAPI BAGI NAGA'S MAKAN ADALAH PERKARA UTAMA, KERANA DENGAN MAKAN NAGA AKAN BANYAK MENGELUARKAN API...HEHEHE HARI ANI NAGA'S KANA BALANJA, NYA ORANG MAKAN FREE LABIH NYAMAN DARI MAKAN SENDIRI MEMBARAI...TERIMA KASIH KEPADA PG HAJI ASRI KERANA BELANJA KAMI DI RESTAURAN YANG NYAMAN MAKANANNYA...


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 1 Ogos 2009

TEMPAT MENGAIL DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (BRUNEI MUARA)

Assalamualaikum, di sini hamba kongsikan bersama tempat-tempat memancing atau ngail di Negara Brunei Darussalam :

1. Pelumpung Muara atau di Putus, ngail di sini memerlukan kenderaan boat untuk sampai ke destinasinya iaitu dengan membayar tambang sebanyak $8 untuk ngail di pulau dan $15-$20 untuk ngail di sangkar, umpan yang digunakan tidak menentu ada yang menggunakan udang hidup, udang mati, sotong, kambura, basung-basung, tamban, umpan palsu sama ada casting, popping atau jigging semuanya dapat kalau udah rezeki...



2. Pantai Serasa, ngail di pantai serasa ini biasanya menggunakan umpan kembura dan kirikan iaitu untuk ngail lauk ungah, kail kirikan tanpa menggunakan batu iaitu menggunakan permata VMC saiz 7 dan di kaitkan ikan kambura mati, umapn udang hidup pun ok jua, kadang-kadang kerapu pun naik jua, ikut rezeki, kail jenis joran pun dapat jua di pakai atau kail yang menggunakan pelampung...



3. Ampangan Air Panchor Murai, terletak di mukim Pengkalan Batu, ngail di sini biasanya menggunakan umpan hati ayam, cacing, katak dan umpan palsu...lauk-lauk di sini macam-macam ada diantaranya Toman, Dalak, Tilapia, Keli, Karok dan sebagainya. Kail yang di gunakan biasanya jenis fishing rod yang sadang macam 3 ke 4 ball bering, tapi kail udang galah pun layan jua mun udah rezeki....

PETUA TIDUR RASULULLAH SAW

Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur.Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.

Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap,dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu."

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk , hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk . Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri".

Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adap2 dalam Islam antaranya : -

1. Berwuduk
Sebaik – baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .

2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam . Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .

3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian . Sekiranya anda melakukan perkara – perkara yang baik , tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik . Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar , berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T

4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata , amalkan membaca doa atau surah – surah tertentu terlebih dahulu . Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat .

Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al – Ikhlas , Al – Falaq dan

Al – Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua – dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai . Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut – turut .

5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al – Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal . Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh .

6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : "Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan" Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot – otot badan .

Welcome

;


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

free counters

TETAMU

Web Site Hit Counters
page counter

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Lets Play

MagMyPic


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com