Profession perguruan merupakan suatu profession yang mencabar sejajar dengan arus perkembangan era globalisasi yang semakin mencabar. Dunia tanpa sempadan melalui kecanggihan peralatan teknologi moden membawa perubahan yang amat ketara terhadap kehidupan manusia. Justeru, dalam menghadapi perubahan tersebut peranan guru semakin mencabar, apa tidaknya, pengaruh media massa semakin menjadikan anak bangsa kita semakin lupa akan jati diri. Guru merupakan salah satu daripada benteng yang menyekatbperubahan tersebut di samping perhatian ibu bapa terhadap anak mereka.
Jika di rumah, ibu bapa merupakan pendidik, pengasuh dan pembimbing, namun jika ditinjau dari segi masa yang diluangkan, anak-anak lebih banyak berada di sekolah sebagai contoh , hari persekolahan 5 hari dan bagi yang sekolah sesi pagi dan petang mereka akan menghabiskan masa di sekolah lebih kurang 9 jam, berbanding dengan ibu bapa hanya beberapa jam sahaja. Menurut statistik ini, memang tidak dinafikan peranan guru itu amat besar di dalam mendidik, mengasuh dan membimbing anak bangsa.
Namun, apa yang menyedihkan terdapat segelintir ibu bapa yang sewenangnya menuding jari menyalahkan guru-guru jika terdapat komen atau perkara yang tidak diingini berlaku terhadap anak meraka seperti gagal dalam peperiksaan atau masalah disiplin. Dalam perkara ini sepatutnya ibu bapa memikirkan dan bekerjasama dengan guru bagaimanakah untuk mengubah perkara tersebut dari negatif kepada positif. Demikianlah beberapa cabaran dan tribulasi profession perguruan di alaf ini.