AHLAN WA SAHLAN

AHLAN WA SAHLAN

Sabtu, 1 Ogos 2009

TEMPAT MENGAIL DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (BRUNEI MUARA)

Assalamualaikum, di sini hamba kongsikan bersama tempat-tempat memancing atau ngail di Negara Brunei Darussalam :

1. Pelumpung Muara atau di Putus, ngail di sini memerlukan kenderaan boat untuk sampai ke destinasinya iaitu dengan membayar tambang sebanyak $8 untuk ngail di pulau dan $15-$20 untuk ngail di sangkar, umpan yang digunakan tidak menentu ada yang menggunakan udang hidup, udang mati, sotong, kambura, basung-basung, tamban, umpan palsu sama ada casting, popping atau jigging semuanya dapat kalau udah rezeki...



2. Pantai Serasa, ngail di pantai serasa ini biasanya menggunakan umpan kembura dan kirikan iaitu untuk ngail lauk ungah, kail kirikan tanpa menggunakan batu iaitu menggunakan permata VMC saiz 7 dan di kaitkan ikan kambura mati, umapn udang hidup pun ok jua, kadang-kadang kerapu pun naik jua, ikut rezeki, kail jenis joran pun dapat jua di pakai atau kail yang menggunakan pelampung...



3. Ampangan Air Panchor Murai, terletak di mukim Pengkalan Batu, ngail di sini biasanya menggunakan umpan hati ayam, cacing, katak dan umpan palsu...lauk-lauk di sini macam-macam ada diantaranya Toman, Dalak, Tilapia, Keli, Karok dan sebagainya. Kail yang di gunakan biasanya jenis fishing rod yang sadang macam 3 ke 4 ball bering, tapi kail udang galah pun layan jua mun udah rezeki....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Welcome

;


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

free counters

TETAMU

Web Site Hit Counters
page counter

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Lets Play

MagMyPic


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com