Sabtu, 26 September 2009
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Assalamualaikum kepada semua pembaca budiman. Saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri mohon maaf segala kesilapan dan kesalahan yang pernah berlaku. Hari raya ialah hari kemenangan kepada umat Islam di atas kemenangan dalam menempuhi halangan dan cabaran berpuasa sebulan di dalam bulan Ramadan, dari itu marilah kita sama-sama meraikan hari yang mulia ini menurut kemampuan kita. Janganlah meraikan hari raya dengan membazir dan berlebih-lebihan. Dalam menyambut dan meraikan hari raya jagalah hati jiran tetangga jangan sampai menyebabkan berlakunya perselisihan dan persengkitaan hanya disebabkan perkara kecil seperti bermain mercun yang mana faham-fahami lah keadaan jiran tetangga iaitu jangan sesuka hati bermain mercun berdekatan dengan jiran kerana kita tidak mengetahui keadaan jiran kita, mana tau ada yang sakit atau mempunyai anak kecil yang tidur. So sebagai seorang jiran yang baik carilah tempat lapang untuk bermain mercun...hahaha sekian
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Welcome
;
Tiada ulasan:
Catat Ulasan